| Edufest@ |
|
|
|
| Written by suhaimi |
| Wednesday, 14 October 2009 12:00 |
|
Edufest@Pagoh 2009 adalah Karnival Pendidikan dan Kerjaya yang pertama di anjurkan oleh Sekretariat Pendidikan Parlimen Pagoh. Karnival seperti ini adalah yang pertama sekali dilancarkan oleh sebuah kawasan parlimen di Malaysia. Karnival ini merangkumi pameran dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta beberapa syarikat korporat yang terlibat di dalam pendidikan. Melalui Edufest@ ini juga pelancaran Tabung Pendidikan Pagoh dilancarkan khas untuk membiayai aktiviti pendidikan di sekitar parlimen pagoh serta membiayai pelajar yang mempunyai masalah kewangan dalam mendapatkan pendidikan yang sempurna.Diharapkan dengan penubuhan Tabung Pendidikan seperti ini parlimen lain dapat mencontohi usaha yang dilakukan oleh Sekretariat Pendidikan Parlimen Pagoh. Edufest@Pagoh 2009 telah berlangsung pada 24-25 Oktober 2009 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Muar, Johor. Melalui karnival ini para pengunjung boleh mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai peranan dan dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Buat pertama kalinya semua jabatan di Kementerian Pelajaran Malaysia akan turun bertemu pengunjung di karnival ini.
|
| Last Updated on Wednesday, 28 October 2009 09:08 |






























